Proton P3-21A.... Era perubahan bermula. Nantikan kemunculannya..

Ramai orang bertanya kepada saya tentang model terbaru yang akan dilancarkan oleh Proton dalam jangkamasa yang terdekat ini. Banyak gambar2 spyshoot tersebar dalam internet, dalam blog2 tempatan dan luar negeri sibuk memperkatakan tentang model proton baru P3-21A dan saya juga ada menyimpan Gambar Proton P3-21A ini dalam koleksi album saya.
Sebenarnya saya memang hendak membuat post tentang model baru proton ini. Saya menunggu tarikh yang sesuai untuk meng"publish" post ini sambil mereview blog2 yang lain tentang Produk terbaru Proton ini.
Bagi menghormati keputusan Pihak atasan supaya jangan membocorkan gambar Proton Baru ini, saya tidak akan mengpublishkan gambar Proton Baru ini. Tetapi bagi untuk mengsharekan tentang betapa bagusnya kereta ini, apasalahnya saya kongsi bersama anda....kan?

Saya amat tertarik dengan review yang diolah oleh saudara Nazz Abdullah didalam blognya. Syabas Bro!!. Disini juga saya kongsi bersama anda tentang review yang diolah oleh beliau....






ACCESSORIES
  1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
  2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
  7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area 'pilar B'
  8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
  11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
  12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
  13. Autolock & Advance Lock System
  14. Magnisium Inside Door Handle
  15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
  16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
  17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
  18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
  19. BCM - Body Control Module

SAFETY

  1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
  2. TC (Traction Control)
  3. ESC (Electronic Stability Control)
  4. BA (Braking Assist)
  5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
  6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian 'pilar A' langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.

DIMENSION

  1. Length = 4.543m
  2. Width = 1.786m
  3. Height = 1.524m
    - Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic

CHASSIS

  1. Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
  2. Turning Radius: 5.3 meter
  3. Full Tank Capacity: 50 liter
  4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol ;)

POWER-TRAIN

  1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
  2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

VARIANT

  1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
  2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
  3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

COLOR 

  1. Solid White
  2. Tranquility Black
  3. Genetic Silver
  4. Fire Red (my favorite)
  5. Blue Lagoon


Ciri-ciri lain yang telah diketahui sebelum ini:
  1. Auto Cruise Control
  2. Keyless Push Start (ON/OFF)
  3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
  4. Audio Switch Steering Control
  5. Soft touch plastic dashboard
  6. Emblem on Steering Wheel
  7. ISOFIX
  8. Rain Sensor
  9. Light Sensor
  10. Day light Front LED
  11. Sport Rim 16" (10 Spoke)
  12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING

Banyak yang kita sudah ketahui mengenai produk terulung Proton yang bakal dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, iaitu P3-21A, tak kira sama ada dari sudut prestasi enjin, ciri-ciri keselamatan, aksesori dalaman dan luaran, dan spesifikasi-spesifikasi lain.

Kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua lebih terperinci mengenai produk ini yang saya rasa masih belum anda semua ketahui.

  • P3-21A ini didatangkan dengan 2 point 'Front strut bar' yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.




Sambungan boot/trunk di belakang tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.



Saya difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.


Tentang harga akan saya beritahu kelak dilain post yang akan datang yer. Salam dan jumpa lagi..


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan di bawah. Saya akan hubungi anda segera. Have a nice day.

Nama:
Email Address:
Telephone No:
Message:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...